Tuesday, July 22, 2008

FIKIR KRITIS #1

FIKIR KRITIS category

Rasulullah SAW bersabda: ”Orang-orang yang beriman seperti sebuah binaan yang kukuh, saling bantu membantu dan lengkap-melengkapi.” Lalu Rasulullah memasukkan jari-jari tangan kanannya di celah jari-jari kirinya dan kedua-dua belah tangan itu saling menggenggam. (riwayat al Bukhari).

Perkara penting yang dinyatakan dalam hadith ini adalah persoalan ‘teamwork’ ataupun regu kerja. Rasulullah memberikan analogi kepada teamwork yang mantap adalah seperti sebuah bangunan yang kukuh; tidak rebah di tengah panas terik atau ketika rebut petir. Salah satu virus yang boleh meruntuhkan sebuah organisasi adalah virus ‘bangau’. Seloka Melayu klasik mendendangkan virus bangau seperti di bawah:





FIKIR KRITIS
Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan kenapa tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul, rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput, kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau, kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan, perut aku sakit.
Perut oh perut, kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah.
Nasi oh nasi, mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah.
Kayu oh kayu mengapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah, hujan melimpah turun.
Hujan oh hujan, mengapa engkau turun?
Macam mana aku tak turun, katak panggil aku.
Katak oh katak kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku.
Ular oh ular, kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan, MEMANG MAKANAN AKU.

Ya, mujurlah ular berhenti menyanyi and tidak menyalahkan orang lain. Jika ular masih mencari alasan, mungkin nama kita pun akan muncul dalam lagu ini. Pelbagai isu akan terlibat. Namun, apakah budaya ‘bangau’ ini akan menyelesaikan masalah kita?

FIKIR KRITIS

Daripada seloka tersebut ada 3 perkara yang boleh dipelajari:

Pertama: Dalam membentuk sebuah team yang kuat, cubalah jangan membiasakan diri dengan tabiat menyalahkan orang lain atau ‘taichi’untuk menyelamatkan diri sendiri. Memang dalam banyak keadaan, kita mampu menyelamatkan diri kita dan menganiayai orang lain, namun kita tidak akan mendapat apa-apa manfaat untuk penambahbaikan diri dalam jangka masa panjang. Orang yang hebat, adalah orang yang sanggup mengakui kesilapannya dan belajar serta bangkit daripada kesalahan tersebut.

Kedua: Setiap ahli pasukan mesti mempunyai mentaliti yang proaktif dan bukannya mentaliti ‘penumpang’ atau ‘pemerhati’. Seperti kata seorang motivator, “be a part of solution, not a part of problem’. Setiap warga kerja mesti bermuhasabah apakah kita menjadi liabiliti kepada rakan-rakan sepasukan yang lain ataupun kita sememangnya signifikan dalam organisasi kita. Setiap warga kerja juga perlu berasa bertanggungjawab untuk menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi. Akhirnya kejayaan organisasi tersebut, menjadi kebanggaan dan kepuasan bagi setiap warga kerjanya.

Ketiga: Dalam sesebuah organisasi, kita mesti sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Formula "we believe in each other" membentuk suasana yang harmoni dan kondusif seterusnya membentuk ‘mutual encouragement’ di kalangan setiap ahli pasukan.

FIKIR KRITIS

1. Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
JAWAPAN: MATI

2. Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
JAWAPAN:MASA LALU

3. Imam Ghazali = " Apa yang paling besar di dunia ini ?"
JAWAPAN:HAWA NAFSU

4. Imam Ghazali = " Apa yang paling berat di dunia?
JAWAPAN: MEMEGANG AMANAH

5. Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
JAWAPAN:MENINGGALKAN SOLAT

6. Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
JAWAPAN:LIDAH MANUSIA

Rasulullah SAW bersabda:
“Perumpamaan orang-orang yang berpegang kepada kebenaran dan orang-orang yang melakukan kesalahan adalah seumpama penumpang-penumpang di atas sebuah kapal yang besar. Sebahagian penumpang berada di atas kapal dan sebahagian berada di dalam perut kapal. Sekiranya orang-orang yang berada di bawah ingin mengambil air dan mereka malas untuk mengambilnya daripada bahagian atas kapal sebaliknya mereka menebuk dinding kapal dan mendapatkan air terus daripada lautan. Sekiranya orang yang berada di atas hanya melihat sahaja (tindakan menebuk dinding kapal), maka lambat laun seluruh kapal tersebut akan tenggelam, tetapi sekiranya mereka menegur dan mencegah perbuatan tersebut maka semua penumpang kapal tersebut selamat (kapal tidak karam)” (riwayat al Bukhari).

Daripada hadith ini, terserlah suatu pengajaran yang amat bermakna; budaya saling nasihat-menasihati dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri dan rakan sepasukan akan menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi. Analogi yang dibuat dalam hadith di atas sangat accurate. Sebuah kapal yang besar sekalipun, akan karam sekiranya ada antara anak kapal tersebut yang menebuk dinding kapal untuk mendapatkan air. Mungkin yang melakukan perbuatan tersebut hanya 10 orang daripada 5000 anak kapal, tetapi sekiranya 4990 orang hanya melihat perbuatan yang dilakukan oleh 10 orang tersebut akhirnya semua anak kapal berkemungkinan mati lemas.

MENEGUR DAN DITEGUR

Dalam membudayakan sifat memberi dan menerima dalam konteks memajukan diri dan organisasi, ada dua sudut yang perlu dilihat. PERTAMA: orang yang menegur atau menasihati dan KEDUA: orang yang ditegur atau dinasihati. Orang yang menegur hendaklah sentiasa ikhlas dalam menegur atau menasihati sesiapa. Janganlah teguran ini disebabkan konflik peribadi.

Ingat, teguran bukan HENTAMAN. Teguran yang ikhlas dari hati, pasti akan memberikan kesan yang membekas di hati, insha Allah. Orang yang menegur juga sebaik mungkin mencari jalan yang terbaik untuk menasihati orang yang hendak dinasihatinya supaya nasihat itu dapat disampaikan dengan berkesan. Bagi orang yang ditegur, terima sesuatu teguran dan nasihat secara positif dan konstruktif.

Analisalah setiap teguran dan nasihat yang diterima. Percayalah, kita tidak rugi sesenpun sekiranya berubah untuk memajukan sendiri. Cuma kadang-kadang ubat yang mujarab biasanya agak pahit, tetapi kesannya SUPERB!

Bagi seorang Muslim, teguran jujur dan baik yang diterima oleh seseorang itu adalah tanda kasih sayang Allah. Janganlah berdendam kepada orang yang menegur dan menasihati kita dan sekiranya teguran tersebut dirasakan tidak betul, anggaplah orang yang menegur itu punya niat yang baik walaupun tersalah. Hakikatnya kita manusia; nobody is perfect!

Category : FIKIR KRITIS

No comments: